Tuesday, March 30, 2010

Demi Datuk Ahmad Ismail , AJK UMNO Bkt Bendera lepaskan jawatan



GEORGETOWN - Sementara ramai yang: bermati-matian mahu merebut jawatan dan kuasa, ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bendera membuktikan kesetiaan kepada ketua masih menebal dalam parti pemerintah itu.

Untuk membolehkan pemilihan semula diadakan dan bekas ketua mereka, Datuk Ahmad Ismail, menyandang kembali jawatan itu, semua 36 AJK semalam menandatangani surat peletakan jawatan.

“Bukannya kami taksub, tetapi ti:ndakan ini adalah bagi mengenang jasa dan ketokohannya sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa,” katanya.

Katanya, mereka tidak dapat melupakan jasa Ahmad kepada rakyat, terutama orang Melayu di Bukit Bendera.

“Kepimpinannya tiada tolok banding. Beliau seoran:g pemimpin yang mempunyai misi dan visi dalam memperjuangkan dasar parti,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Jalil berkata, atas sikap Ahmad yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap rakyat, mereka sepakat mahu beliau menerajui semula Bahagian itu.

Mereka kini berusaha mengadakan mesyuarat perwakilan khas bahagian untuk membolehkan pelantikan semula diadakan, dengan Ahmad dilantik menerajui bahagian itu.

“Pada kami, tiada siapa lagi yang layak memegang jawatan ini, kecuali beliau kerana kami yakin dengan kredibiliti dan komitmennya,” katanya.

Surat peletakan jawatan akan dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan depan sebelum diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk tindakan lanjut.

Ketika dihubungi mengenai perkara itu, Ahmad melahirkan rasa terharu dengan kesanggupan semua ahli jawatankuasa bahagian itu meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi tempat kepadanya memimpin mereka kembali.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka dan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Ahmad berkata, walaupun tidak menjadi ketua bahagian sekarang, beliau masih memainkan peranan untuk kepentingan parti dan rakyat serta selalu menyertai program yang dianjurkan Bahagian itu.

Monday, March 29, 2010

New Lane : Guan Eng tunjuk kuasa dan sikap sebenar chauvinisnya




LATARBELAKANG
1) Berkuat kuasa daripada 22 Mac 2010, New Lane, Georgetown yang pada asalnya merupakan jalan dua hala akan dijadikan jalan sehala bermula daripada jam 4.00 petang setiap hari. Orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini adalah YB Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setaiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) New Lane adalah jalan yang menghubungkan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister yang terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown. Sejak DAP memerintah, terdapat penambahan mendadak di kalangan penjaja (hawkers) Cina yang menjaja di jalan tersebut. Kesan utama ialah gangguan lalu lintas, jalan menjadi sempit, membahayakan keselamatan terutamanya orang ramai yang melintas dan pengunjung tempat makan, persekitaran yang kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

3) Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap para penjaja di kawasan tersebut walaupun secara terang-terangan ia mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan yang berpunca daripada penjaja yang meletakkan gerai menjaja (hawker’s stall), meja dan kerusi di tepi-peti jalan tersebut.

4) Sebelum melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan tersebut, notis telah dikeluarkan kepada 300 penjaja dan hanya dua yang membantah dijadikan alasan bahawa apa yang dilaksanakan mendapat sokongan ramai. Sudah semestinya para penjaja menyokong kerana lebih banyak ruang di atas jalan raya boleh digunakan untuk meletakkan gerai menjaja, meja dan kerusi untuk menjaja di situ.


SEBAB-SEBAB BANTAHAN
1) Tindakan Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menunjukan sikap “double standard” dan tidak menghiraukan langsung sensitiviti penjaja Melayu di negeri Pulau Pinang. Di saat peniaga, penjaja dan pengsaha Melayu dihimpit dengan pelbagai tindakan daripada pihak kerajaan negeri menerusi penguatkusa daripada MPPP dan MPSP, peniaga Cina terus diberikan ruang dan peluang berniaga walaupun menyalahi undang-undang.

2) Jalan tersebut sangat sempit dan kurang sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan makanan. Sepatutnya penjaja-penjaja di kawasan tersebut di arah berpindah ke tempat lain dan bukannya diberikan ruang yang lebih untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

3) Keputusan membenarkan New Lane dijadikan jalan sehala untuk membenarkan penjaja makanan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan “precedence” kepada penjaja makanan di kawasan-kawasan lain untuk turut memohon agar kerajaan negeri mengambil langkah yang sama di kawasan mereka.

4) Tindakan ini sudah semestinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja di kawasan-kawasan lain. Tidak mustahil, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tindakan yang sama di beberapa tempat yang lain kiranya tiada pihak yang membantah tindakan ini pada masa kerajang. Kesannya penjaja Melayu terus dianak tirikan, penjaja Cina terus mendapat pembelaan.


PERBANDINGAN SIKAP DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP & LIM GUAN ENG
1) Pada Ramadhan yang lalu, pihak penguatkuasa MPPP bersama-sama YB Ng Wei Aik telah mengeluarkan arahan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan dan seterusnya melakukan serbuan ke atas Bazar Ramadhan di kaki lima di Jalan Penang. Alasan yang diberikan, kononnya aktiviti perniagaan Bazar Ramadhan yang telah wujud hampir 25 tahun itu menyebabkan gangguan lalu lintas sedangkan Jalan Penang adalah jalan sehala yang mempunyai empat (4) laluan. Berdasarkan pemerhatian, kewujudan Bazaar Ramadhan yang hanya berlangsung selama sebulan setiap tahun itu tidak sedikitpun memberi kesan besar terhadap tahap lalulintas di jalan tersebut. Itupun, YB Ng Wei Aik masih mahu mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu di Bazar Ramadhan tersebut.

2) Gerai makan Do Re Me yang dibina di tepi pantai Tanjung Bungah kira-kira 200 meter daripada jalan utama ternyata tidak sedikitpun menjejaskan lalulintas atau mengganggu pengguna jalanraya atau orang awam. Walaupun Gerai makan Do Re Me tidak menyebabkan gangguan lalu lintas pihak kerajaan negeri tetap bertindak merobohkan gerai tanpa memperdulikan usaha yang telah dibuat oleh pengusahan yang bersusah-payah membina gerai tersebut. Ini kerana Gerai Do Re Me pemiliknya adalah orang Melayu.

3) Gerai makan Hammer Bay berhampiran Queensbay diberikan notis untuk dirobohkan atas alasan asap masakan mengganggu penghuni pangsapuri berdekatan sedangkan sepanjang Gerai makan Hammer Bay beroperasi di kawasan tersebut, pengusaha gerai tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Sekali lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng bersikap “double standard” terhadap penjaja Melayu.

4) 2 minggu lalu, dua buah premis perniagaan milik orang Melayu di Gelugor terus menjadi sasaran kerajaan kafir DAP. Walaupun kedua-dua premis tersebut didirikan bukan di atas tanah bukan milik MPPP, kali ini alasan yang digunakan ialah kononnya struktur premis yang didirikan tidak mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MPPP sedangkan kelulusan pelan boleh dirayu atau dirunding. Sebuah lagi premis yang bakal menerima nasib yang sama ialah Anggerik Lodging iaitu rumah tumpangan milik seorang usahawan Melayu yang sering menjadi tempat penginapan pilihan semasa Pesta Konvokesyen USM dan musim cuti sekolah.


KESIMPULAN
Penjaja di New Lane, Georgetown menjadi simbol sikap biadap dan “double standard” kerajaan kafir DAP di bawah pemerintahan zalim Lim Guan Eng. Lim Guan Eng ternyata kurang senang melihat bangsa Melayu yang berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan pendekatan akan digunakan untuk menghancurkan perniagaan yang dibina. Jika kerajaan kafir DAP dan Lim guan Eng benar-benar mahu bertindak berdasarkan undang-undang, Lim Guan Eng sepatutnya mengarahkan pihak penguatkuasa MPPP dan MPSP bertindak ke atas peniaga-peniaga Cina yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya antaranya seperti di Lebuh Chulia, Jalan Datuk Keramat, New Lane, Jalan Macalister,Jalan paya Terubong, Jalan Perak dan banyak lagi.

Kerajaan kafir DAP juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang mengubah-suai rumah mereka menjadi premis perniagaan milik kaum Cina yang berselerak di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan pemilik-pemilik kilang haram yang didirikan di kawasan perkampungan Cina seperti yang terdapat di Batu Maung, Paya Terubong, Kampung Pulau (Jalan Perak), Weld Quay, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Bagan dan banyak lagi. Janganlah menjadikan penjaja dan pengusaha Melayu sebagai sasaran utama dan kemudiannya meletakkan kain rentang seluruh negeri dengan memberikan maklumat palsu untuk menegak benang yang basah.

Buat bangsaku, ayuh kita bangkit mempertahankan hak dan ketuanan Melayu di bumi Pulau Pinang! Melayu perlu BANGKIT!

sumber : jebat penang

Saturday, March 27, 2010

Program UMNO Juara Rakyat : Bulan Agensi Kerajaan

Sabtu, 2010 Mac 27

Program UMNO Juara Rakyat























KAMPUNG PELET 27hb Mac 2010. Satu program yang dinamakan Program Bulan Agensi Kerajaan "UMNO JUARA RAKYAT" Parlimen Permatang Pauh telah berjaya dilancarkan yang berlangsung di Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet (PPK). Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato'Seri Hj Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadziah yang merupakan Menteri Kewangan II dan juga Bendahari UMNO Malaysia. Pengerusi bagi program ini ialah Tuan Haji Abdul Rahim Man yang merupakan penyelaras kadun Penanti. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh, Datuk Hj Abdul Jalil Bin Majid, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hj Mohamad Nasir, YB Ariff Shah Bin Omar Shah, Adun Seberang Jaya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said, ketua Wanita UMNO serta Ketua-ketua Cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh.


Perbagai pameran dari Agensi Kerajaan telah mengambil bahagian antaranya PDRM,JPJ,KPDNKK,Kebajikan Masyarakat,Kemas dan SPR.Selain dari itu berbagai acara telah diatur seperti acara mewarna bagi anak-anak KEMAS serta pertandingan membuat kerabu.

sumber : penanti bangkit

Friday, March 26, 2010

Zahrain mahu saman Guan Eng



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Zahrain berkata, beliau menerusi peguamnya akan mengemukakan notis saman tersebut kepada Guan Eng di pejabat Ketua Menteri itu di Pulau Pinang, hari ini.

“Setelah berbincang dengan peguam, saya dapati ada kes dan saya akan mengarahkan peguam saya mengemukakan surat permintaan kepada Guan Eng dan selepas itu kita akan tengok bagaimana respons beliau,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan membuat kenyataan bahawa Zahrain keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Zahrain berkata, beliau juga akan mengambil tindakan sama terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, jika didapati memfitnah dengan mengatakan beliau menggunakan projek golf untuk membayar hutang bernilai RM1.8 juta.

“Ini satu pembohongan dan fitnah, jadi saya akan serahkan pada peguam untuk kaji kes dan kalau ada kes saya juga akan ambil tindakan mahkamah ke atas Saifuddin.

"Tindakan ini terpaksa diambil memandangkan kini fitnah dan pembohongan sudah menjadi lumrah dan jika dibiarkan, akan merosakkan negara dan akidah masyarakat," katanya. - Bernama

Thursday, March 18, 2010

Hadiah kek hitam daripada OKU tanda zaman gelap PP di bawah kerajaan DAP


Seorang OKU berkerusi roda yang bernama Fauziah (gambar) dari Permatang Pauh telah menghadiahkan sebiji kek hitam kepada Lim Guan Eng. Kek hitam itu telah diterima oleh Setiausaha Sulit Lim Guan Eng.

Kek hitam tersebut merupakan simbol kepada pemerintahan dua tahun kerajaan negeri Pulau Pinang yang dianggap gelap. Menurut Fauziah, selama pemerintahan PR, golongan OKU seperti beliau langsung tidak mendapat pembelaan, malah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri telah mengabaikan golongan OKU di Pulau Pinang.

Menurut Fauziah lagi, Anwar Ibrahim selaku MP Permatang Pauh juga jarang dilihat kelibatnya, inikan pula untuk membantu insan-insan OKU sepertinya.

Demikianlah luahan hati seorang OKU yang sepatutnya dibantu, tetapi sayangnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang memerlukan pembelaan. Tahniah Lim Guan Eng kerana telah menerima sebiji kek hitam daripada seorang warga OKU. - Sumber : Berita TV3


Thursday, March 11, 2010

Pilihanraya PBT , strategi halus hapus kuasa Melayu dalam bandar

Bagaimana hak & kuasa orang melayu di Pulau Pinang dan Selangor secara sistematik dihapuskan.?

Sebelum isu Guan Eng khalifah sosialis cina melaka ini bangkitkan pilihanraya kerajaan tempatan,sudah terdapat usaha ini di Selangor,Usul untuk mengadakan election kerajaan tempatan (PBT) dibentangkan oleh Adun DAP pada 28 Okt 2008,yang menariknya ia mendapat sokongan padu oleh adun PKR dan DAP,manakala PAS tidak menyokong usul ini dan hanya berpeluk tubuh.

MB Selangor Khalid Gagap telah memaklumkan bahawa rangka kerja kearah itu perlu disusun bagi memastikan pilihanraya kerajaan tempatan terlaksana.

Aktivis masyarakat cina dan india telah membuat pembentangan di mesyuarat MTES pada 3 Julai 2009.mereka telah perincikan langkah yang perlu dibuat bagi mengadakan pilihanraya tersebut cadangannya akan diadakan pada bulan Julai 2010.

Apakah implikasinya?

Jika ia diluluskan maka terhapuslah penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar.

Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang mengangotai exco PBT atas lantikan parti politik?

Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.

Pisau melihat isu dalam konteks negeri Pulau Pinang hampir keseluruhan kerusi exco PBT akan dikuasai oleh bukan melayu.

Usaha secara halus ini secara tidak langsung memudahkan gerak kerja menghambat orang melayu keluar dari bandar,malahan pelbagai implikasi akan timbul seperti bebas mendirikan kuil dan rumah ibadat ditanah milik kerajaan tanpa had.Menghapuskan kuota penduduk bumi di sesuatu kawasan perumahan,memudah milik hartanah dan pemberian lesen hiburan tanpa kawalan.

Implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.


Pisau kata " exco majlis perbandaran melayu bakal dihambat keluar"

sumber : pisau.net

Tuesday, March 9, 2010

Guan Eng masih huni banglo mewah?


PULAU PINANG 7 Feb. - Walaupun hampir lapan bulan berlalu, namun tidak nampak sebarang tanda-tanda Ketua Menteri Lim Guan Eng akan berpindah dari banglo mewah di Jalan Pinhorn ke kediaman rasminya di Seri Teratai di sini.

Anehnya, tiada juga sebarang proses pengubahsuaian dilakukan di Seri Teratai yang didakwa Setiausaha Agung DAP itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang yang digunakannya sebagai alasan untuk berpindah.

Justeru, Pemuda Gerakan yakin Guan Eng sudah serasi dan tidak berkeinginan untuk berpindah dari kediaman mewah di No 25, Jalan Pinhorn itu.

Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu dicerminkan daripada tindakan Guan Eng yang masih terus tinggal di banglo sewaannya itu meskipun masa yang diperuntukkan untuk melakukan operasi pembaikan atau pengubahsuaian telah tamat.

''Dulu dia (Guan Eng) kata akan pindah apabila kerja-kerja pengubahsuaian tamat. Tapi sehingga sekarang sudah lebih setengah tahun berlalu, namun dia masih terus tinggal di banglo mewah itu. Seri Teratai pun tidak ada sebarang kerja ubah suai dilakukan.

''Saya rasa dia sudah serasi dan selesa dengan kediamannya itu. Lagipun, kediaman itu telah diubah suai daripada banglo biasa menjadi banglo mewah. Jadi tidak kiralah berapa kadar sewa perlu dibayar, asalkan dia dapat terus tinggal di sana ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tahun lalu, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke banglo mewah berkenaan atas alasan Seri Teratai mempunyai banyak semut api, anai- anai dan musang.

Kos pengubahsuaian banglo tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa ke sebuah banglo mewah dikatakan melebih RM1.5 juta.

Menurut Khoon Leng, pihaknya telah melaporkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu dan berharap siasatan mengenainya dipercepatkan.

''Sehingga kini, saya masih tidak mendapat maklumat mengenai siasatan itu walaupun ia telah dilaporkan agak lama," katanya.

Sunday, March 7, 2010

Rakyat Penanti rayu mohon bantuan baiki rumah , mana Dr Mansor ??

MENGKUANG TITI – Seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Mengkuang :Titi, merayu kepada pihak berkenaan membaiki lantai rumahnya yang rosak teruk akibat sering di:masuki air ketika hujan lebat.

Hasnah Ali, 46, berkata, lantai yang diperbuat daripada kayu itu semakin mengembang sebab se�ring terkena banjir hingga menyebabkannya berlubang serta membahayakan keselamatan dia dan keluarga.

Menurutnya, antara bahagian lantai yang teruk ialah di ruang tamu dan dua bilik tidur.

“Dulu lagi teruk kerana lantai ini dibuat daripada kayu biasa sahaja dan selepas itu saya menukarkannya kepada papan yang keras sedikit. Akan tetapi, akibat terlalu kerap terkena air, ia menjadi kembang dan reput kembali hingga lantai rumah berlubang.

“Lantai rumah ini memang sudah tidak kukuh lagi. Dalam bilik umpamanya, kami terpaksa letakkan barang di tempat berlubang bagi mengelak anak dan cucu bermain di situ, risau nanti sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mampu membaiki sendiri lantai itu kerana wang yang diperoleh hasil bekerja di kilang memproses getah berdekatan rumahnya tidak seberapa, hanya RM600 yang digunakan untuk mengisi perut sembilan lagi anggota keluarga lain termasuk ibu, adik, empat anak dan tiga cucu yang ditinggalkan anak sulungnya tanpa sebarang nafkah.

Walaupun mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan membuat kerja sambilan dengan mengambil upah membuat kek, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu menampung perbelanjaan dapur dan persekolahan anak serta cucu.

Hasnah berkata, dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri jika kos membaiki lantai itu boleh dibayar secara ansuran. Namun begitu, katanya, mana hendak dicari orang yang boleh memberikan perkhidmatan begitu.

“Saya sudah tidak tahu saluran mana yang harus saya pergi kerana masing-masing mahu lepas tangan dan menolak saya ke sana ke: mari seperti bola.

“Oleh itu, saya amat berharap agar lantai rumah saya ini dapat dibaiki bagi menjamin keselamatan kami sekeluarga kerana lantai sedia ada kini hanya menanti masa untuk rebah ke bumi,” katanya.

Wednesday, March 3, 2010

Tindakan tee beng berani - UMNO PP



PULAU PINANG 2 Mac - Badan Perhubungan UMNO negeri menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai berani.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, langkah tersebut juga jelas menunjukkan ketegasan dan prinsip Tee Beng untuk tidak berkompromi dengan perjuangan PKR yang semakin tersasar.

Jelasnya lagi, pada pilihan raya umum lalu, Tee Beng menang di Nibong Tebal atas tiket PKR, maka adalah wajar tindakan 'angkat kaki' itu jika merasakan parti berkenaan tidak lagi berjuang demi rakyat.

''Kita juga percaya, pengikut dia (Tee Beng) juga menyokong tindakannya dan kita berharap lebih ramai lagi ahli pakatan pembangkang yang berani macam Tee Beng," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Tee Beng mengumumkan keluar dari PKR dan meletakan semua jawatan dalam parti serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti itu.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan keputusan Tee Beng untuk menjadi wakil rakyat Bebas sekali gus memudahkan kerjasama antara mereka.

Zainal Abidin yang tewas kepada Tee Beng pada pilihan raya umum lalu turut menasihatkannya supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat walaupun telah menjadi wakil rakyat bebas.

''Kita bersedia menjalinkan kerjasama dengan dia, mungkin sebelum ini agak sukar direalisasikan, namun status wakil rakyat bebas yang dipegang diharap mampu membuka lebih banyak ruang bagi tujuan itu," ujarnya.

Datuk Musa hargai jasa veteran UMNO


MUSA Sheikh Fadzir (dua dari kiri) beramah mesra bersama sebahagian daripada penerima kunci rumah selepas majlis Penyerahan Bantuan Rumah di Bukit Mertajam Pulau Pinang kelmarin.












BUKIT MERTAJAM 1 Mac – Jasa dan pengalaman para veteran UMNO boleh dijadikan penyuntik semangat kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan parti.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, apa yang dimiliki golongan tersebut boleh dicurahkan dan dijadikan pedoman oleh ahli-ahli baru

“Banyak ilmu dan pengetahuan yang boleh ditimba generasi baru daripada golongan veteran ini, jadi kehadiran mereka seharusnya digunakan sebaik mungkin.

“Malah pengalaman yang dimiliki mereka dalam parti seharusnya menjadi pedoman agar UMNO terus relevan sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan program bantuan rumah (PBR) dan sumbangan veteran UMNO di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, seramai 13 veteran UMNO dari beberapa kampung sekitar Bukit Mertajam menerima sumbangan dan sijil penghargaan.

Pada majlis sama, seramai 55 orang penduduk miskin tegar menerima sijil dan kunci rumah PBR yang dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Musa menambah, UMNO memerlukan nasihat orang-orang lama ini kerana mereka pastinya memahami susur galur perjuangan parti dan cabaran yang dihadapi masa kini.

Malah jelasnya, jasa dan pengorbanan veteran UMNO ini sentiasa dihargai dan disanjungi melalui sumbangan yang dihulurkan terutama sepanjang program Juara Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini.

Seorang veteran UMNO, Zubaidah @ Baidah Md. Salleh, 75, melahirkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan UMNO Bukit Mertajam kepada orang sepertinya.

“Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama generasi muda UMNO agar memperkukuhkan parti dan mampu mendepani cabaran pembangkang.

“Kami sedia mencurahkan bakti kepada UMNO agar mampu merampas kembali Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Giliran Tee Beng keluar PKR


Tan Tee Beng menunjukkan salinan kenyataan media yang menggariskan sebab-sebab beliau keluar daripada PKR di Kuala Lumpur, semalam. [ Berita di muka 3 ] – utusan/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan kerenah kepimpinan tertinggi parti itu.

Tee Beng yang membaca kenyataan lima muka surat pada sidang akhbar di sini menyenaraikan empat alasan kenapa beliau keluar PKR dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu serta memilih menjadi wakil rakyat Bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

“Sebabnya ialah tiada saluran khusus di dalam PKR untuk mengemukakan masalah. Kritikan saya berkaitan masalah polisi yang serius telah dijawab dengan pembunuhan karakter yang menyebabkan kekecewaan mendalam kepada saya.

“Saya juga kesal dengan sikap kepimpinan PKR yang sanggup mengorbankan maruah dan prinsip parti hanya kerana mahu memastikan impian mereka ke Putrajaya tercapai termasuk mengambil sikap menutup mata dengan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang),” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang keluar daripada parti itu dua minggu selepas melepaskan jawatannya pada 7 Januari lalu.

Tee Beng, 38, yang menyertai PKR pada Januari 2007 pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang pada 2002.

Tindakan itu menjadikan beliau ahli Parlimen kedua dari PKR yang menjadi wakil rakyat Bebas selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim.

Malam tadi, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin turut mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Dalam pada itu, Tee Beng berkata, sebab lain beliau keluar parti kerana tidak sanggup tunduk kepada sikap diktator dan cara kerja Guan Eng.

“Keangkuhan Guan Eng adalah sangat melampau sehingga melayan wakil rakyat PKR seperti anjing.

“Beliau suka mempolitikkan isu-isu remeh dan langsung tidak boleh menerima teguran dan kritikan serta cuba menjadikan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan milik keluarganya,’’ ujar beliau.

Sebab keempat kata beliau, ialah bagi membolehkannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng; Ali Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang telah menuduh beliau mencampuri urusan tender terbuka di negeri itu.

Pada sidang akhbar itu, Tee Beng turut meluahkan kekesalan dengan sikap kepimpinan tertinggi PKR yang enggan menerima permohonan maaf beliau berikutan tindakannya mempertikaikan kedudukan Dr. Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden parti itu.

“Mereka tidak menerima permohonan maaf ini dan nampaknya terdapat pihak tertentu dalam parti yang telah membuat keputusan supaya saya keluar dari PKR,’’ katanya.

Pada Rabu lalu, beliau menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Guan Eng dan kritikannya terhadap Syed Husin.

Selepas dua jam menghadap lembaga itu, beliau akhirnya bersetuju memohon maaf kepada Timbalan Presiden berkenaan, namun enggan meminta maaf kepada Guan Eng.

Tambah Tee Beng, beliau berharap kerajaan Pusat terus menyalurkan peruntukan pembangunan di kawasan Nibong Tebal bagi membolehkan beliau menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen secara berkesan.

Tuesday, March 2, 2010

Fairus mahu saman PKR kerana tuduhan fitnah mereka ?

KUALA LUMPUR 1 Mac - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memfitnahnya.

Menurut Mohammad Fairus, beliau akan menimbangkan semasak-masaknya kemungkinan itu selepas mendapatkan pandangan beberapa pihak lain bagi melaksanakan tindakan susulan.

"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut (undang-undang), kerana yang paling penting ialah mempertahankan prinsip perjuangan agama, bangsa, tanah air dan kepentingan rakyat bukannya melayan kenyataan remeh-temeh itu.

"Semua tuduhan itu tidak tepat, ia sengaja diperbesar-besarkan bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap masalah dalaman PKR," katanya.

Malam tadi, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Pengumuman itu dibuat semasa berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM).

Ekoran tindakan itu, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali melalui kenyataan dalam laman web rasmi parti itu, www.keadilanrakyat.org hari ini di bawah tajuk "Syukur Fairus Keluar Keadilan", mendedahkan beberapa salah laku Mohammad Fairus.

Syed Husin dilaporkan mengatakan parti itu bersyukur kerana akhirnya Mohammad Fairus yang menjadi liabiliti telah bertindak keluar parti.

Monday, March 1, 2010

PKR menuju kehancuran , Fairus keluar PKR

Dengan pengisytiharan keluar dari PKR, Mohamad Fairus Khairuddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang telah membuatkan PR di negeri itu kini berhadapan dengan krisis terburuk mereka sepanjang pemerintahan sejak PRU12.

Penyertaan Fairus kedalam Umno/Barisan Nasional telah memberikan kesan besar kepada PR P.Pinang dan juga tekanan buat Anwar Ibrahim yang kini sedang bergelumang dengan kes liwatnya didalam mahkamah.

Sumber dalaman dari P.Pinang telah memberitahu, penyertaan Fairus kedalam Umno/Barisan Nasional akan disusuli oleh beberapa pemimpin PR di negeri itu tak beberapa lama lagi.

Ini disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap corak pemerintahan Lim GE dan DAP negeri yang meminggirkan kepentingan melayu P.Pinang dan juga cubaan DAP menghapuskan hak-hak melayu di negeri itu.

Pemimpin-pemimpin melayu PR di P.Pinang juga semakin sedar bahawa Anwar tidak dapat membela bangsa melayu dan juga Anwar tak mampu bersuara mengenai kepentingan melayu P.Pinang.

Anwar pada pandangan mereka hanya menurut apa yang dicaturkan oleh DAP dan juga Lim GE semata-mata hanya ingin mengekalkan sokongan DAP kepadanya.

Polisi pemerintahan DAP dan Lim GE sejak dari PRU12 berkenaan hak dan kepentingan melayu negeri juga bukanlah rahsia lagi. Gaya pemerintahan khalifah Umar rupanya hanya retorik dan umpan kepada bangsa melayu/islam di negeri P.Pinang.

DAP negeri P.Pinang dilihat semakin rasis, cauvinist dan juga berorientasikan komunis bertepatan dengan kata-kata Zahrin yang keluar dari PR tak lama dulu.

Dikala hak dan kepentingan bangsa melayu dipinggirkan. Lim GE dan gerombolannya begitu sibuk mengaut segala harta perbendaharaan negeri dan juga semakin rakus membolot kemewahan bagi mereka dan juga kroni.

Ini lah realiti yang terpaksa dihadapi oleh pemimpin-pemimpin melayu PR P.Pinang hingga mereka tak sanggup lagi bersekongkol menjadi pengkhianat pada bangsa dan agama mereka sendiri.

Pengunduran Zahrin dan Fairus dari PKR dan Pakatan Rakyat P.Pinang telah membuktikan bahawa Lim GE dan juga DAP negeri P.Pinang sememangnya menganak tirikan hak bangsa melayu di negeri itu.

InsyaAllah, kita nantikan banyak lagi episod yang akan timbul di P.Pinang selepas ini. Fairus juga telah bersedia untuk mendedahkan segala konspirasi didalam Pakatan negeri. Nampaknya ada yang bakal meroyan selepas ini.

Anwar, Lim GE dan juga DAP kini semakin panas punggung di P.Pinang. Sokongan dari bangsa melayu sendiri kepada mereka semakin mengecil manakala sokongan kaum lain pula semakin goyang untuk PR P.Pinang.

Kemusnahan PR P.Pinang telah terbayang didepan mata. Kes liwat bolehlah ditangguhkan tetapi adakah Anwar dapat menangguhkan malapetaka yang bakal menerjah partinya kali ini?

sumber : mykmu.net